Gabungan kaedah tradisional-moden, kini anda boleh bersauna atau mandi wap dengan privasi, konsisten hanya di rumah anda. Telah terbukti berkesan semenjak zaman dahulu lagi sauna berfungsi:
1. Membakar lemak dan menurunkan berat badan secara semulajadi. Bersauna/mandi wap panas dengan konsisten setiap minggu akan membakar lemak, kolesterol baru & lama. Bersauna merupakan kaedah yang menjimatkan & paling berkesan untuk menurunkan berat badan. Bersauna juga praktikal kepada anda yang tiada masa berjogging atau bersenam.
2. Membantu mengeluarkan toksin dari tubuh. Peluh yang keluar semasa bersauna bukannya sia-sia. Seperti yang di ketahui pori-pori yang membesar dan mengeluarkan peluh itulah akan mencantikkan kulit. Disamping itu turut keluar bersama peluh ialah toksin yang ada dalam tubuh. Kesannya kulit akan menjadi cerah, bersih dan sihat.
3. Menggantikan ‘tanggas’ untuk ibu lepas bersalin. Membuang angin meroyan, air berlebihan & menyembuhkan luka-luka dalaman. Mengecutkan otot-otot rahim kembali kepada keadaan asal. Ibu berpantang akan merasa segar dan sihat.
4. Mengurangkan Stres/tekanan. Biasanya setelah selesai melakukan sauna, fikiran akan merasa tenang. Stres & juga kerisauan juga boleh dikurangkan dengan sauna hingga membuatkan fikiran lebih damai dan membuat anda senang tidur dengan lebih nyenyak.
5. Menyembuhkan dan merawat Masalah Kulit. Panas ruang sauna yang biasanya antara 60 darjah-100 darjah celcius akan menyebabkan pembuluh darah melebar dan tekanan darah meningkat. Hasilnya kulit akan menjadi sihat. Selain itu masalah kulit seperti jerawat juga boleh di rawat oleh kerana wap panas melembutkan jerawat sekali gus mempercepatkan proses penyembuhannya. Begitu juga lebihan isi kulit yang terjadi disebabkan oleh peluh badan dikala cuaca panas. Malah ia juga mengurangkan selulit yang degil di bahagian perut, paha dan perut.
6. Mengurangkan masalah resdung dan selsema. Wap panas sauna akan melalui rongga badan2 yang mana dapat memanaskan badan.
7. Merawat masalah rambut gugur dan berkelemumur. Serta menghaluskan dan merawat kulit wajah dengan menggunakan Sauna Opal iaitu mempunyai penutup dan bahagian untuk ‘facial sauna’.
Selain yang disebutkan, banyak lagi kelebihan sauna seperti mengurangkan risiko darah tinggi, jantung dan penyakit-penyakit berbahaya. Untuk warga-warga emas malahan orang dewasa, muda belia yang aktif berkerja dan bersukan, bersauna dapat menghilangkan rasa sengal-sengal, bisa-bisa dan sakit-sakit badan. Ini kerana wap panas yang terhasil dapat mengalirkan dan menlancarkan perjalanan darah ke seluruh badan.

























