Set Sauna Murah Di Rumah

Cantik, Slim & Sihat : Set Sauna Murah Di Rumah + Skin Care

Set Sauna Diamon ~ eksklusif dengan Penutup Kepala ~

Posted by ashrafarisha On May - 12 - 2012

Sauna Diamon 

Harga RM430!!

set lengkap sauna mudah alih, berserta ‘Penutup kepala’ dan juga free gifts menarik.

Kelebihan mandian wap sauna dengan rempah herba untuk bahagian kepala antaranya seperti berikut:-
1. Membantu merawat masalah migraine
2. menghaluskan tekstur kulit khasnya di bhgn muka anda
3. Membantu mengurangkan masalah rambut kelemumur

Harga: RM430.00 (N/P: RM560.00)
Percuma:
1. Herba 1 Pek (5 Uncang)
2. Pengurut Kaki
3. Kerusi Lipat
Kos Penghantaran Gdex Express:
Semenanjung Malaysia: -

Sabah/Sarawak: RM50

Berminat >> SMS Nama, Alamat dan Item ke 012- 331 2030 [ Pn Asida]. TQ

Keberkesanan Mandi Wap/Sauna

Posted by ashrafarisha On April - 6 - 2011

Wap herba memberi kesan kepada tubuh dengan cara:

Kesan panas dari wap memberi kesan positif kepada system “kadiovaskular”. Semasa mandi wap, kadar pernafasan dan denyut nadi akan meningkat daripada 75 denyut seminit kepada 100-150 seminit semasa lebih kurang 15-20 minit mandi wap. Ini akan meningkatkan perjalanan darah (bukan tekanan darah) kerana haba dari wap air menyebabkan saluran darah yang halus di bawah kulit mengembang untuk menampung peningkatan pengaliran darah ke seluruh badan. Prosess ini akan membolehkan badan mengagihkan lebih banyak zat/ nutrient terutamanya kepada bahagian kulit dan menggantikan sel-sel yang telah mati. Oleh itu, kesan yang amat ketara sekali adalah anda akan kelihatan lebih segar / muda selama beberapa jam setelah anda mandi wap.

Wap memanaskan seluruh anggota, menjadikan darah lebih cair, mengembangkan urat saraf dan menjadikan darah lebih mudah mengalir. Kesan panas juga melegakan otot-otot yang boleh menghilangkan sengal-sengal, bisa dan kebas-kebas tubuh badan.

Wap membuka rongga roma, mengeluarkan segala kekotoran atau toksin dalam kulit, menjadikan kulit anda lebih sihat dan menjadikan rambut bertambah segar, lebat dan berupaya untuk menghilangkan kelemumur.

Wap juga akan masuk ke rongga pernafasan dan terus ke system perjalanan darah atau fungsi organ memberi kesan yang baik kepada badan. Dari aspek perubatan, wap yang masuk melalui rongga pernafasan ini amat baik untuk rawatan resdung (sinus), bronchitis (radang paru-paru) alahan dan asma (lelah).

Kulit
Kulit kita amat penting,  ia melindungi kita daripada penyakit  dan  jangkitan. Jadi kita perlu menitik beratkan penjagaan kulit kita. Dengan bersauna ,ia boleh membersihkan kulit kita. Haba yang panas akan membuka liang roma kita dan membersihkan kulit kita dari sebarang minyak dan kotoran, membuatkan kulit kita bersih dan segar, malahan lebih cantik.

    Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.