Set Sauna Murah Di Rumah

Cantik, Slim & Sihat : Set Sauna Murah Di Rumah + Skin Care

Tatacara

Posted by ashrafarisha On October - 27 - 2011

TATACARA DAN PENJAGAAN SAUNA

 

PERINGATAN PENTING UNTUK PENGGUNA SAUNA:

    1. Kaum lelaki diingatkan agar tidak bersauna melebihi 3 kali seminggu kerana sekiranya bersauna terlalu kerap (lebih dari 3 kali seminggu), dikhuatiri mampu melemahkan fungsi prostat dan kesuburan kaum lelaki.
    2. Dilarang bersauna semasa cuaca hujan lebat atau kilat. Kuasa voltan di persekitaran anda sangat tinggi pada waktu itu. Jauhi sauna untuk mengelakkan sebarang risiko yang mampu mendatangkan bahaya kepada diri anda.
    3. Dilarang bersauna semasa ‘period’ dan hamil.

 

TIPS PENJAGAAN KHEMAH ATAU SELUAR SAUNA:

    1. SAUNA [KHEMAH] hanya perlu dilap dengan kain tuala basah sesudah digunakan.
    2. Tidak perlu dijemur di bawah cahaya matahari untuk mengeringkan wap sauna/peluh. Hanya biarkan terbuka hingga air/wap tersebut kering.
    3. dan, kemudian boleh lipat dan simpan.

 

TIPS PENJAGAAN PERIUK:

    1. Air hendaklah dimasukkan terlebih dahulu ke dalam periuk sebelum membuka suis elektrik periuk.
    2. Periuk hendaklah direhatkan minimum selama 30 minit selepas setiap kali bersauna. Setelah itu, pengguna boleh menggunakan periuk sauna ini semula untuk meneruskan sesi sauna anda di rumah.
    3. Letakkan tuala kering di sekeliling penutup kaca steamer pot untuk mengelakkan air yang terlimpah dari steamer mengenai motor steamer. Motor steamer tersebut alah/ sensitif pada air.
    4. Air lebihan dalam steamer boleh diguna pakai semula, hanya tambahkan air secukupnya.

Elakkan daripada menggunakan periuk sauna secara berterusan dan berpanjangan. Ini boleh menjejaskan fungsi dan ketahanan periuk sauna anda.

  • Dilarang membasuh steamer seperti periuk nasi biasa. Hanya mengesat bahagian dalam dan luar steamer dengan menggunakan kain basah [jangan sampai terkena motor/suis steamer].

 

Ciri-Ciri Steamer Pot Sauna:

  1. Pengguna boleh ubah time dan temperature guna remote control atau tekan button pada steamer.
  2. Pengguna boleh ubah masa dalam 3 gred, 20 minit , 40 minit dan 60 minit.
  3. Temperature boleh ubah dalam 6 gred.
  • low light (1st grade).
  • middle light(2nd grade).
  • high light(3rd grade).
  • low and middle light(4th grade).
  • low and high light(5th grade).
  • low.middle and high light(6th grade).

High temperature : 50℃
Voltage : 110V/220V/240V
Power : 1000w

Cara Penggunaan:

  1. Masukkan air kedalam periuk sauna jangan kurang daripada tahap M. Dan jangan melebihi tahap H. Sambungkan periuk kepada sauna dengan menggunakan tiub yang diberi.
  2. Masukkan 1 uncang Herba Aura ke dalam steamer atau  titiskan 3 titik Minyak Aromaterapi ke dalam bekas bulat hitam [seperti gambar diatas] iaitu pengeluar wap panas dalam sauna.
  3. Selepas itu plug kan ke suis utama. Apabila lampu di periuk menyala, tekan punat ON/OFF di periuk atau remote control.
  4. Para pengguna boleh menggunakan remote control untuk mengubah temperature atau masa mengikut keselesaan masing-masing. [normal : High Light,40 minit]
  5. Masuk dan duduk ke dalam sauna setelah wap panas wujud.
  6. Tutup plug steamer setelah cukup masa yang di setkan ataupun sesudah bunyi ‘TIP!’ kedengaran.
  7. Keringkan set sauna dengan mengesat air peluh yang jatuh dalam sauna dengan kain atau biarkan saja sauna terbuka sedikit, supaya sauna kering dengan sendirinya.
  8. Kalau hendak bersihkan sauna, lap saja dengan kain bersih yang basah/lembap. Tidak perlu membasuhnya dengan sabun/memberus/berjemur di tengah panas.
Cara Guna Sauna Vibro Pant — Jeans

1. Proses pengecasan bateri perlu ambil masa 10-15 jam. Pengecasan kali pertama bagaimanapun perlu sekurang-kurangnya 15 jam. Pastikan proses pengecasan mengikut tempoh yang disarankan serta tidak diganggu agar jangka hayat bateri dapat kekal lama
2. Untuk mula mengecas, pastikan adapter bateri dipasang terlebih dahulu diikuti dengan pembekal kuasa (power supply) AC.
3. Setelah proses pengecasan tamat, pembekal kuasa AC perlu ditanggalkan dahulu diikuti dengan adapter bateri
4. Semasa proses pengecasan, sauna pants tidak akan berfungsi

 

Cara Guna Sauna Vibro Jeans Pant

Selamat Mencuba!


    Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.